Monday, June 28, 2010

Perjalanan Hidup.

hari berganti minggu,minggu beganti bulan,bulan berganti tahun,ape sebenanrnya yang aku cari dalam kehidupan yang begitu singkat ini?langit tidak selalunya indah,sebagai manusia biasa kita selalu lalai dan alpa dan aku jugak tidak terlepas dari melaluinya.kadang-kadang benda yang kita harapkan takkan dapat kesudahan yang baik,bile kite sudah lupakan mulala benda tu akan datang balik. Bak kata kawan-kawan ku,benda yang lepas jangan dikenangkan lagi,bersyukur dengan apa yang ada di depan mata sekarang,bangkit dari kesilapan dan cuba untuk mencari langkah hidup walaupun perit macam mana itu semua adalah dugaan kita,samaada benda ini akan jadi kenyataan atau mungkin?kita sendiri yang kena mencorakkan kehidupan kita mengikut rentak,tanpa rentak sumbangla jadinya.

Aku sendiri pon tak paham dengan diri aku sendiri dan orang sekeliling,kadang-kadang aku rasa seperti aku berada dikalangan mereka,kadang-kadang aku rasa aku seperti jauh jauh dan jauh dari dunia mereka. adakah aku pelik?tidak sebenarnya,tak salah untuk jadi pelik,tapi kadang-kadang kepelikkan ni la yang bole membuat aku lagi pelik. Dan sebagai manusia biasa kita tidak dilahirkan cukup sempurna dengan semua sifat yang kita ingini,setiap manusia ada kelebihan masing-masing,tapi bagi aku sekiranya seseorang itu ada bakat melukis orang lain pon bole menjadi seperti dia,ape yang perlu kita cari bakat tu,memang sesetengah manusia lahir dengan bakat tersendiri tapi jika bakat tersebut tidak digunakan secara betul tiada faedahnya jugak. Bak kata En.Azwan jalan untuk berjaya ada dimana-mana dan pintu untuk berjaya ada banyak,cuma kita yang perlu untuk menggerakkan diri kita mencari jalan kejayaan itu,diri kita sendiri yang mencorakkan kehidupan itu,bukannya orang lain.

Dalam kehidupan ini kita perlu belajar untuk menghormati antara satu sama lain,sekiranya kita tidak hormat pada orang?adakah orang lain jugak akan tunduk hormat pada kita,inilah yang berlaku pada masa sekarang.manusia semakin hilang budi bahasa,masing-masing dengan egonya sendiri,kerana siapa yang berkuasa dia yang harus dihormati,tetapi bagaimana dengan orang yang tidak berkuasa?adakah kami-kami semua harus dipijak,dimaki hamun.??persoalan seperti ini harus dijawab oleh semua orang...

No comments:

Post a Comment