Thursday, December 23, 2010

My Journey Began :)

Backpacking travel ke Kuala Kangsar. menaiki keretapi tanah melayu

Tren : 2 Ekspres Rakyat
Dari : KL Sentral
Ke : Kuala Kangsar
Berlepas : 24/12/2010 2.54PM
Tiba : 24/12/2010 7.00PM
Kelas : kelas Superior (ASC)
Koc : U
Tempat 9A dan 9B

aku ke kuala kangsar berdua dengan jai.
gile taktau ape nak buat sepanjang dalam tren nanti. mesti bosan gile. hahahaha

Wednesday, December 15, 2010

"Expressions of the Malayan Tiger" "STRENGTH OF CLARITY"




"Expressions of the Malayan Tiger" Art Competition
category B
Consolation Prize Winner


"STRENGTH OF CLARITY"

Thursday, December 9, 2010

Terima kasih banyak!



terima kasih kepada semua yang selama ini memberi tunjuk ajar dan memberi dorongan :)
kerana artwork "strength of clarity" aku telah terpilih untuk dipamerkan/atau dalam short list pemenang.
2 mesej yang buat aku keliru. tapi ape pun aku da buat yang terbaik. walau apapun keputusannya aku terima :)
ini pengalaman pertama aku.hehe.

.aizat amir.

Saturday, December 4, 2010

Thursday, December 2, 2010

tolong! tolong!

Apa rasanya jatuh cinta?

Wednesday, December 1, 2010

Akhirnya!

Alhamdulillah akhirnya da selesai pun exam Sejarah dan Falsafah Seni, Bahasa Inggeris dan Wayang Kulit dan berakhir jugak semester pertama aku di Aswara untuk tahun yang pertama.
jumpa kalian semua di semester kedua. insyaallah takde yang repeat. sekarang masanya untuk cuti semester selama sebulan. naik semester 2 pada 9/11/2011

bulan 12 sudah tiba dan nak penghujung tahun 2010 dan selamat datang 2011.

Tuesday, November 30, 2010

System of a down comeback 2011!

Hello All,

We are excited to announce that System will be playing some dates together in 2011.

We also want to thank you for your loyalty and support, not only to System Of A Down, but to all of our solo efforts as well. We have no master plan of sorts - we are playing these shows simply because we want to play together again as a band and for you, our amazing fans. We look forward to seeing all of you!

For a list of tour dates, and on-sale information, go to the NEWS section at systemofadown.com

Peace,

System Of A Down


http://www.systemofadown.com/

Monday, November 29, 2010

Rehearsal Skate Demo!

perghh! harini aku pegi ikb,rehearsal dengan pensyarah lama aku tadi,punyalah penat,pancit,sakit kaki,sakit lutut,sakit tangan,sakit badan. segala2nyalah,mana taknya punyalah lama aku tak skate,tibe2 ajak terjun stage agak tinggi gaklah dengan tak cukup ruang untuk ride,aku gagahkan jugaklah.demi nak jayakan untuk Animation Nite& SSR Reunion 10,ni batch2 junior aku pulak punya show. semoga berjaya. punyalah byk trick keluar,tapi ade 2 3 kerat je yang land,yang lain sume bole tercabut kaki lah. haha. dan tadi pulak kaki aku bole bantai krem plak.aduhhh!sakit jugak ahh... thanks gak kat razis snap dan record gambar aku ngn cik wan tadi.enjoi. besok ade lagi rehearsal dan esok jugak aku ade exam final bahasa inggeris!

sakit kaki oiiiiiiiiiii!

Sunday, November 28, 2010

Degree Show Fine Arts UITM Shah Alam

sculp kenderaan guna kain,kanvas dan sebagainya.
work yazid
hazul kembali dengan single terbaru, paru paru cinta dan kesengsaraan
installation aku dengan cik katz.

painting khat paling menyerlah dalam semua show ni.

Gambar sepanjang degree show fine art tu,ni saja yang sempat di upload.

Thursday, November 25, 2010

TAHNIAH!

Tahniah semua pada Group Cak Lempong AMZ 1282, kita punya exam berjalan dengan lancarnya.
rindu mau ber cak lempong lagi! harap-harap semester depan ade lagi subjet tu untuk diambik!

Wednesday, November 24, 2010

Cak Lempong (Exam)

(sebahagian dari group cak lempong tahun 1/2010)

25/11/2010
khamis

kitorang akan exam
kami dari kumpulan gagak lapan,dari fakulti teater,seni halus dan filem video akan mempersembahkan dua jenis cak lempong,cak lempong paciak dan cak lempong garetek.


lagu yang akan dimainkan dari cak lepong paciak :

-cak dinding
-taratak lapan

cak lempong garetek :

-ketipang payung
-mudik arau.

semoga semua terhibur! :D

Exam wayang kulit(amali)

tadi aku rasa aku exam macam hancur gile. lagu bertabuh ok,dapat time hulubalang bole lari tempo pulak. adoiii.
risau pulak ni!

Monday, November 22, 2010

3 tahun

3 tahun kenal,tapi kenapa baru sekarang nampak??????????????
arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!
hebat sungguh tarikan mu.

Pejam celik pejam celik!

Pejam celik,pejam celik tak sangka da nak habis da semester pertama aku untuk tahun pertama aku di aswara. macam tak percaya pun ada. adakah aku bermimpi? arghhhhhhhh tolonglah bangunkan aku. ish ish! nak tak nak,aku kena percaya! YA!aku memang da nak habis semester pertama. macam macam dugaan dan cabaran yang aku alami sepanjang semester pertama ni. suka duka. semua tu da lali da. pertama,aku yang masih tak percaya yang aku belajar kat aswara,sebab dulu hanya dengar sekadar nama,tapi sekarang memang betul betul aku da jejakkan kaki. haha.
suasana kat sini memang betul betul SENILAH! haha. Ada yang aku tengok "SHOCKING CULTURE" pun ada. eyh eyh malas cakap banyak. lantak dorang lah,jaga hal sendiri lagi bagus. hahaha! ok besok aku nak exam wayang kulit amali individu,yang berkumpulan da lepas. Harap harap besok berjalan dengan lancarnya dan exam akhir aku pada 29/11 - 01/12/2010. Aku ada 3 paper je. Wayang kulit 1, Falsafah Seni, Bahasa Inggeris.

Friday, November 19, 2010

What I See From Below

SATU TITIK PERTEMUAN

PENGHUJUNG YANG TIADA KESUDAHAN

KESENGSARAAN

LAIN LAIN ARAH

KEKARATAN

Friday, November 5, 2010

MIKE PORTNOY LEAVES DREAM THEATER!

Mike Portnoy's Press Release

Added on 09-09-2010
Wednesday September 8th 2010

I am about to write something I never imagined I'd ever write:

After 25 years, I have decided to leave Dream Theater....the band I founded, led and truly loved for a quarter of a century.

To many people this will come as a complete shock, and will also likely be misunderstood by some, but please believe me that it is not a hasty decision...it is something I have struggled with for the last year or so....

After having had such amazing experiences playing with Hail, Transatlantic and Avenged Sevenfold this past year, I have sadly come to the conclusion that I have recently had more fun and better personal relations with these other projects than I have for a while now in Dream Theater...

Please don't misinterpret me, I love the DT guys dearly and have a long history, friendship and bond that runs incredibly deep with them...it's just that I think we are in serious need of a little break...

Dream Theater was always my baby...and I nurtured that baby every single day and waking moment of my life since 1985...24/7, 365...never taking time off from DT's never-ending responsibilites (even when the band was "off" between cycles)...working overtime and way beyond the call of duty that most sane people ever would do for a band...

But I've come to the conclusion that the DT machine was starting to burn me out...and I really needed a break from the band in order to save my relationship with the other members and keep my DT spirit hungry and inspired.

We have been on an endless write/record/tour cycle for almost 20 years now (of which I have overseen EVERY aspect without a break) and while a few months apart from each other here & there over the years has been much needed and helpful, I honestly hoped the band could simply agree with me to taking a bit of a "hiatus" to recharge our batteries and "save me from ourselves"...

Sadly, in discussing this with the guys, they determined they do not share my feelings and have decided to continue without me rather than take a breather...I even offered to do some occasional work throughout 2011 against my initial wishes, but it was not to be...

While it truly hurts for me to even think of a Dream Theater without Mike Portnoy (hell, my father named the band!!), I do not want to stand in their way...so I have decided to sacrifice myself and simply leave the band so as to not hold them back against their wishes....

Strangely enough, I just read an interview that I recently did that asked me about the future of DT and I talked about "always following your heart and being true to yourself"...sadly I must say that at this particular moment, my heart is not with Dream Theater...and I would simply be "going through the motions", and would honestly NOT be true to myself if I stayed for the sake of obligation without taking the break I felt I needed.

I wish the guys the best and hope the music and legacy we created together is enjoyed by fans for decades to come...I am proud of every album we made, every song we wrote and every show we played....

I'm sorry to all the disappointed DT fans around the world...I really tried to salvage the situation and make it work...I honestly just wanted a break (not a split)...but happiness cannot be forced, it needs to come from within....

You DT fans are the greatest fans in the world and as you all know, I have always busted my ass for you guys and I hope that you will stay with me on my future musical journey, wherever it may lead me....(and as you all know my work ethic, there will surely be no shortage of future MP projects!)

Sadly...
Your fearless ex-leader and drummer,
MP



"Move on be brave, don't weep at my grave, because I am no longer here...
But please never let your memory of me disappear...."
--- The Spirit Carries On

Thursday, October 28, 2010

"STRENGTH OF CLARITY"

“ Strength of Clarity ”

90 cm x 90 cm

Mixed media on canvas

2010


Known for unpredictable behavior yet calm and agile. The nature of the stripes on the tiger's body possess a very strong internal projection of bravery, adaptability and most importantly, confidence. Even the stripes themselves one symbols of strength of each movement which are presented with a huge amount of clarity. This is why i choose to emphasis more on the stripes.

.aizat amir.

Monday, October 25, 2010

Happy Birthday to me 26/10/2010 (tuesday)

Happy birthday to me! ;D haha.
now im already 21years old. haha.
wish me luck in everything :)

today its also my dad and my cousin birthday

Happy Birthday to abah (Ahmad Sanusi)

&

Happy Birthday to Hadirah

TRIO BIRTHDAY :)

Sunday, October 24, 2010

Hikayat Maharajawana (watak dan perwatakan)

Wayang kulit

Pengenalan watak dan perwatakan

Maksud watak : Watak adalah yang menggerakkan plot sesebuah cerita berdasarkan kepada berbezaan dari segi fizikal,psikologi,dan kedudukan seseorang di dalam sosio-budaya sesebuah masyarakat.

Maksud perwatakan : Karektor seseorang yang mewakili sisi fizikal dan mental yang membawa kepada kekurangan dan kelebihan dalam sesuatu watak nya.

Sinopsis Hikayat Maharaja Wana.

· ASAL USUL RERI RAMA, SITI DEWI DAN MAHARAJA WANA.

-Seri Rama dan Siti Dewi sebenarnya adalah penjelmaan semula Dewa Berembun dan isterinya, Siti Andang Dewi dari Kayangan ke dunia. Begitu juga dengan Maharaja Wana yang merupakan penjelmaan semula Dewa Serajuk. Mereka dilahirkan semula ke dunia setelah berlaku kekacauan di kayangan, di mana Maharaja Wana (Dewa Serajuk) telah berjaya merampas Siti Andang Dewi daripada Dewa Berembun. Oleh kerana ingin membalas dendam terhadap Maharaja Wana, Siti Andang Dewi telah turun ke dunia. Kecewa dengan apa yang berlaku, Dewa Berembun telah menurunkan takhtanya kepada Sang Yang Kenung, lalu turun ke dunia.

· KELAHIRAN SEMULA SERI RAMA, SITI DEWI DAN MAHARAJA WANA.

-pemerintah Seusia Mandarapura, Sirat Maharaja dan isterinya, Cahaya Bulan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Seri Rama dan Laksmana. Sirat maharaja juga ada isteri kedua, Mandudari yang mempunyai dua orang anak iaitu Samardan dan Chardan.

-Di Dati Kuaca, isteri kepada Bantara Baha telah melahirkan tiga orang anak. Iaitu Maharaja Wana, Mah Babu Kenung dan Mah Baba Sanam. Maharaja Wana telah dilantik menjadi pemerintah Utara, Barat, Selatan, Langit dan Dunia Bawah. Maharaja Wana menpunyai ramai isteridari sekelian makhluk. Namun Maharaja Wana masih mencari calon yang sesuai untuk di jadikan Permaisurinya. Dia telah mengidamkan madudari sebagai isteri lalu mendesak Sirat Maharaja. Dengan pertolongan isteri pertama Sirat Maharaja, Cahaya Bulan mencipta seorang wanita yang menyerupai Mandudari dan di beri nama Mandudaki. Mandudaki kemudiannya di kahwinkan kepada Maharaja Wana tanpa pengetahuannya tentang muslihat yang telah berlaku.

-Siti Andang Dewi telah masuk ke dalam badan Mandudaki dan mengandung. Mah Babu Senan meramalkan akan berlaku kekacauan di Langkapuri setelah bayi itu di lahirkan, lalu bayi itu digugurkan dan di hanyutkan di dalam sebuah baling. Baling tersebut telah hanyut sampai ke Wat Tujuh Kedi Bermas, dimana bayi itu di jumpai oleh Maharisi Mata Api, di beri nama Siti Dewi dan di besarkan sehingga menjadi seorang wanita yang cantik.

· PERTANDINGAN MEMANAH POKOK LONTAR.

-Maharisi bercadanag mengahwinkan Siti Dewi. Lalu mengadakan sebuah pertandinggan dimana pemenangnya akan di kahwinkan dengan Siti Dewi. Dengan bantuan Dewa-Dewa ,Maharisi telah mencipta seekor ular yang amat besar, yang mempunyai empat puluh lengkungan pada badannya, setiap lengkungannya ditanam pokok lontar, diciptakan juga sebuah ibu panah dan menanam sepohon sejati jawa di hadapan istananya. Sesiapa yang dapat melontarkan anak panah melalui pohon-pohon lontar tersebut dengan satu lontaran, maka dialah yang akan mengahwini Siti Dewi.

-Oleh kerana tiada pemenang dalam pertandingan tersebut maka Maharisi Mata Api telah ke Seusia Mendarapura untuk menjeput Seri Rama untuk menyertai pertandingan.Seri Rama terpaksa menempuh beberapa halangan untuk tiba ke Wat Tujuh Kedi Bermas. Di tempat pertandingan Seri Rama kelihatan kecil dan lemah berbanding peserta lain. Namun begitu Seri Rama telah berjaya memanah anak panah melalui semua pohon lontar tersebut dengan satu lontaran, dan juga Berjaya mencabut pohon sejati Jawa yang ditanam di depan istana Maharisi.Seri Rama Berjaya mengahwini Siti Dewi.

-Marah dengan kejayaan Seri Rama itu, Maharaja Wana telah merancang untuk menculik Siti Dewi.

· PENCULIKAN SITI DEWI oleh MAHARAJA WANA

-

· Cerita Maharaja Wana (versi Pak Awang Lah) mempunyai lebih dari 90 watak, namun begitu tidak kesemuanya dihasilkan dalam bentuk patung wayang kulit. Biasanya hanya lebih kurang 65 patung wayang kulit saja yang dihasilkan berdasarkan watak-watak dalam cerita maharaja Wana.

Ø Pengenalan senarai watak :

- Pohon Beringin

- Seri Rama

- Siti Dewi

- Laksamana

- Maharajawana

- Maharisi

- Hanuman Kera Putih

- Pak Dogol

- Samad

- Said

- Wak long

- Wak Yah

- Dewa


- Raja Sagariwa

- Dewa Panah Perang Lelaki

- Dewa Panah Perang Perempuan

- Anila

- Lalobek

- Lalobak

- Raja Bali

- Hanuman Kera Gangga (Gangga Masur)

- Orang Kampung

- Raksasa kala Jengkin

- Raksasa Badak Api

- Burung Jentayu

- Mah Babu Shanan

- Anggada

- Anrojit

- Raja Sabonarong

- Raja Tilan

- Hanuman Bongsu

- Hanuman Ikan

- Sagawera

POHON BERINGIN

Salah satu patung wayang yang fungsinya dalam wayang kulit sangat menarik ialah pohon beringin.Figura wayang ini merupakan patung wayang yg terbesar yang ada dalam sesebuah set wayang kulit,dan berukuran kira-kira 23sm luasnya dan 60sm tingginya.

-PERANAN POHON BERINGIN DI DALAM WAYANG KULIT KELANTAN

Dalam wayang kulit Kelantan ,pokok beringin mempunyai beberapa fungsi.Contohnya ialah pokok beringin memainkan peranan penting dalam upacara buka panggung.Hal ini berlaku pada malam pertama sebelum dalang memulakan cerita pokoknya.Selepas upacara buka panggung itu,pokok beringin dicacakkan ke dalam batang pisang di belakang kelir.Pokok beringin diletakkan di tengah-tengah kelir lalu berfungsi sebagai suatu sekatan diantara watak-watak yang baik dan yang jahat,dan mereka terletak di sebelah kanan dan kiri pokok beringin masing-masing.

Watak Utama :

Seri Rama

Seri Rama dalam Wayang Kulit Siam sebagai seorang hero dalam Cerita Pokok dan Cerita Ranting menampilkan ciri perwatakan berbeza.Ini dapat dilihat dari keberaniannya dan kejayaannya untuk mendapatkan Siti Dewi dan melalui pelbagai dugaan dan cabaran.

Watak

- Dikategorikan sebagai watak halus,baik dan sopan.

- Seorang Raja di Seusia Mendarapura.

- Merupakan suami kepada Siti dewi.

- Dalam Cerita Pokok, Seri Rama disifatkan sebagai seorang yang berbudi bahasa, tampan,gagah berani,menguasai permainan senjata seperti memanah dan sebagainya.

Perwatakan

- Mempunyai bentuk yang cantik dengan kombinasi motif,warna,dan bentuk.

Siti Dewi

Watak

- Dikategorikan dalam watak halus.

- Merupakan isteri kepada Seri Rama.

- Turut digambarkan sebagai seorang puteri yang lemah lembut dan seorang isteri yang taat setia.

Perwatakan

- Gambaran kecantikan baik dari segi rupa dan perwatakan seorang puteri.

- Gambaran wanita atau puteri melayu yang sering digambarkan dalam sejarah dan Hikayat Melayu.

Laksamana

Watak

- Dikategorikan sebagai Watak Halus dan Baik.

- Merupakan adik kepada Seri Rama.

- Seorang yang gagah berani,bertanggungjawab,setia kepada kekandanya Seri Rama.

- Seorang yang tidak mudah terpedaya.

Perwatakan

- Berpakaian merah seakan menyerupai Seri Rama.

- Membawa pedang serta berdiri di atas badan naga.

- Kelihatan bijak.

- Seorang yang baik.

Maharaja Wana

Watak

- Seorang yang kasar.

- Merupakan musuh ketat Seri Rama.

- Seorang yang bengis.

- Dalam Hikayat Maharaja Wana dia merupakan pemerintah Langkapuri.

Perwatakan

- Mempunyai lengan yang besar,jari pendek,kuku panjang dan tajam,berleher pendek serta bibir besar berseringkai.

- Turut digambarkan sebagai raksasa yang mempunyai 12 kepala dan kepala-kepala tersebut terletak di atas mahkotanya.

- Mata yang besar dan merah menyala dari segi simboliknya membawa maksud kecenderungan melakukan kejahatan dan keganasan.

Maharisi

Watak

- Tergolong dalam Watak Halus.

- Iaitu seorang yang tua dan berpengalaman.

- Bapa angkat kepada Siti Dewi.

- Seorang yang bijaksana.

- Tinggal di Wat Tujuh Kedi Bermas.

Perwatakan

- Watak Maharisi ini sering diperkenalkan di awal persembahan dan diperkenalkan kepada penonton beserta iringan muzik.

- Lagu Maharisi itu sendiri berentak perlahan melambangkan Maharisi ini seorang yang tua.

- Dari segi rupanya Maharisi berwajah dan berbadan merah.

- Maharisi juga membawa tongkat dan melambangkan seorang tokoh yang bijaksana.

Hanuman Kera Putih

Watak

- Dikategorikan dalam Watak Halus dan Baik.

- Anak kepada Seri Rama dan Siti Dewi.

- Hanuman Kera Putih juga seorang yang sangat setia, bijaksana dan amat berani .

- Hanuman Kera Putih amat setia kepada Seri Rama dan sanggup membuat apa sahaja (dapat dilihat dalam cubaan menyelamatkan Siti Dewi).

- Berupa seekor kera dan berwarna putih.

- Kera Balih merupakan nama asal kepada Hanuman Kera Putih.

Perwatakan

- Kelihatan seperti seorang yang sangat gagah.

- Berwajah dan berbadan putih.

Puteri Ikan

Watak

- Isteri kepada Hanuman Kera Putih.

- Pernah berkhidmat dengan Maharaja Wana.

Pak Dogol

Watak

- Dikategorikan sebagai Watak Pelawak.

- Merupakan pengasuh raja yang amat setia dan bijaksana.

- Merupakan penasihat utama Seri Rama.

- Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal yang merupakan Dewa ditingkat teratas.

- Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak dogol.

- Lebih menonjol dalam Cerita Ranting yang bertajuk ‘Kerak Nasi’.

- Pak Dogol turut mempunyai teman-teman yang dihasilkan daripada dakinya, iaitu Wak Long,Wak Yah, Samad,Said.

Perwatakan

- Dari segi fizikalnya,watak ini digambarkan mempunyai rupa fizikal yang lucu,contohnya :berbadan hitam,perut buncit, mulutnya muncung,hidung besar dan pusat terkeluar,dan punggung tonggek seperti itik.

- Menurut Ghulam Sarwar Yousuf,Pak Dogol telah diberikan pelbagai maksud sebagai karakter islam yang mistik.

Watak-watak Pengasuh

- Watak-watak diatas merupakan pengasuh kepada Seri Rama. Kesemua watak pengasuh juga berkarektor lucu,membuat komedi dan kehadiran watak-watak tersebut selalu dinantikan oleh para penonton.

- Terhasil dari daki Pak Dogol.

SAMAD SAID

WAK YAH WAK LONG

Watak Dewa dan Raja

-Ciri-ciri utama dalam watak ini adalah merupakan Dewa atau Raja yang memerintah kawasan kayangan dan kawasan yang tertentu dan mempunyai kuasa sakti yang luar biasa.

-Watak-watak yang sesuai digolongkan adalah seperti Dewa Sang Yang Kenung,Dewa Sinar Matahari, Raja Berma,Raja Dewa Mayang Betara,Dewa Empat dan lain-lain lagi.

Dewa Raja Tilan

Raja Sagariwa

Watak Dewa

Di dalam persembahan wayang kulit Kelantan, Dewa Panah Perang selalunya diperkenalkan oleh Tok Dalang di bahagian permulaan persembahan setelah memperkenalkan watak Maharisi.

Dewa Panah perang juga diperkenalkan kepada penonton dengan iringan lagu tersendiri iaitu lagu Dewa Panah Turun dan Dewa Panah Perang di mana kedua-dua dewa ini berperang dan kemudian berdamai di akhir lagu tersebut.

Dewa panah perang lelaki Dewa Panah perang Perempuan

Watak Hulubalang/Boto dan Putera yang Kasar

-Kategori ini melibatkan perwatakan putera yang kasar,kapten bota dan pegawa-pegawai.Rupa fizikal watak ini adalah separuh manusia dan separuh haiwan,gabungan rupa dua haiwan yang berlainan,hampir menyerupai gergasi,berperwatakan kasar dan berani, merupakan putera raja dan mempunyai jawatan sebagai pegawai dan kapten dalam satu-satu pemerintahan.Watak-watak yang sesuai digolongkan dalam kategori ini adalah seperti Raja Bali,Raja Sagariwa,Gangga Mansur Seri Bernama(putera naga)Palela Anggada,, Anila, Hanuman Bongsu ,Setega Wana , Sepedang Wana , Lela-Bet , Lela-Bat dan lain-lain lagi.

Anila Lalobak

Raja Bali Lalobek

Hanuman Kera Gangga

Watak

- Tergolong dalam watak pahlawan/panglima yang kasar.

- Anak kepada Hanuman Kera Putih.

- Wataknya bergantung kepada setiap cerita.

Perwatakan

- Berbadan merah,mata terjengkil dan lidahnya terkeluar.

- Rupa parasnya yang kasar dan menakutkan menunjukkan Hanuman Kera Gangga seorang yang garang dan kasar.

WATAK DEWEK

Watak

- Watak ini boleh berubah mengikut cerita dan wataknya tidak tetap.

- Fungsi wataknya bergantung kepada Dalang. Sebagai contoh watak ini ada digunakan sebagai anak Pak Dogol(walaupun Pak Dogol sebenarnya tidak mempunyai anak).

Watak Jin,Gergasi dan Raksasa

Ciri-ciri watak dalam kategori ini adalah dilihat pada visual gergasi, jin dan raksasa yang menakutkan.Watak yang tergolong dalam kategori ini adalah Raksasa Kala Jengkin,Raksasa Badak Api dan lain-lain.

Katuraksasa

Watak Binatang

Ciri utama watak ini adalah ianya menyerupai haiwan biasa seperti ikan, gajah, monyet, burung dan lain-lain. Perwatakan sedemikian wujud kerana cerita Hikayat Maharaja Wana melibatkan kawasan seperti atas darat, laut dan langit.

Gajah Kijang

Burung jentayu Kuda

Lain-lain watak yang selalu digunakan dalam wayang kulit Kelantan adalah seperti berikut;

Mah Babu Shanan

Watak

- tergolong dalam kategori watak ahli nujum.

Babu Shanan ialah adik kepada Maharajawana dan anak kepada Dati Kuaca dan Bentara Baha. Lebih menonjol di dalam cerita Tambak ke Langkapuri. Dalam cerita ini, Mah Babu Shanan telah di halau oleh Maharjawana kerana telah menafsir mimpi Maharajawana. Mah Babu Shanan telah diselamatkan oleh Hanuman Kera Putih dan telah berpihak kepada Seri Rama. Beliau telah dilantik menjadi pemerintah Langkapuri setelah berjaya membantu mengalahkan Maharajawana dalam perang besar di Langkapuri.

Anggada

- Hulu Balang kepada Seri Rama.

- berwajah merah, berekor, bertubuh hijau serta memakai kecupung.

- Watak ini tergolong dalam watak pahlawan, sama seperti Hanuman Kera Putih.

Anila

- Hulubalang kepada Seri Rama.

- berwajah merah, berbadan ungu dan berekor.

- Tergolong dalam watak pahlawan.

Raja Sabonarong

- Hulubalang kepada Seri Rama.

- watak ini tergolong dalam watak pahlawan.

Raja Tilan

- Hulubalang Seri Rama.

- berbadan biru, berekor, membawa pedang

- Juga tergolong dalam watak pahlawan

Hanuman Layang Putih

- Anak kepada Hanuman Kera Putih dan Puteri ikan.

- Seorang pahlawan yang gagah dan berani.

Hanuman Bongsu

- Anak kepada Hanuman Kera Putih dan Puteri Ikan.

- berbadan hijau, membawa pedang, berekor.

- Watak ini tergolong dalam watak Pahlawan.

Hanuman Ikan

- Anak kepada Hanuman Kera Putih dan Puteri Ikan.

- berbadan merah, berekor dan membawa pedang.

- Tergolong dalam watak Pahlawan.

Anrojit

- Anak Raja iaitu anak kepada Maharaja Wana.

- Berubah mengikut cerita.(turut mempunyai Hulubalangnya yang tersendiri)

- berbaju hijau, berwajah kuning dan membawa pedang.

- Tergolong dalam watak pahlawan.

Sepit Betara Naga

- Tinggal di pusat Tasik Pauh Janji.(di dalam laut)

- Wataknya seperti dewa- tidak ada peranan dalam cerita.

- Ayah kepada Puteri Ikan.

Perang Hutan

- Boleh bertindak sebagai bomoh. Kerana berkemampuan untuk merawat pesakit.

- Berkebolehan untuk mencari makanan di hutan. Seperti menangkap kijang, lembu dan sebagainya.

Mak Inang

- Seorang pengasuh kepada Siti Dewi.

- Menjaga makan minum raja dan permaisuri.

Sirat Maharaja

- Ayah Seri Rama

- Tidak banyak memainkan peranan dalam sesebuah cerita.

- Hanya watak Seri Rama yang banyak bergerak dalam perjalanan sesebuah cerita itu.