Tuesday, November 8, 2011

kucing comel

kucing ni jumpa kat area kedai makan d'tebing. comel gile. haha. macam nak bawak balik rumah,tapi tak sesuai plak bela kat rumah.

Saturday, November 5, 2011

working on new series of sculpture (idea)

still searching the suitable medium.

FINEART Aswara@EXHIBITION#1 The Way We See


this is our show. feel free to come and celebrate with us! :)

Thursday, October 27, 2011

26/10/2011

Selamat Hari Jadi kepada Abah dan aku, kami berkongsi hari dan bulan kelahiran yang sama. terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi kata-kata ucapan di facebook dan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas, aku sangat enjoi pada hari tersebut.

Sunday, October 23, 2011

Metalakacip The Mystical Journey of Metalblade


Metalakacip series II
mixed media
3'x'4
2011


Metalakacip series III
mixed media
3'x'4
2011


Metalakacip series I
mixed media
3'x'4
2011

Metalakacip series V
mixed media
5'x'4
2011

Metalakacip series VI
acrylic wash and ink
3'x'4
2011

Sunday, October 9, 2011

Wednesday, August 31, 2011

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

Thursday, August 25, 2011

Travel to Kuala Kangsar

bersama hady dan juhan, munir juga turut bersama kerana beliau pulang ke kampungnya di chandan. balik semula kl pada 28/8 terawal sangat beli tiket balik,kalau tak da bole raya kat sane. waaaaaaa~ kl pon kl la weh,ade jugak kwn2 yang tak balik kg.

ok chow dulu.
selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan yang mendatang

:)

Saturday, July 23, 2011

Ayuh Kembali Ke Sekolah! AYUH!


24/7/2011 bermulanya pendaftaran sekolah bagi tahun 2,semester 3.

kembali dengan rasa tertanya-tanya,gembira,mungkin kecewa dan tidak kepuasan hati.

SERONOK BELAJAR DEKAT FAKULTI BARU!

Tempat belajar yang seronok,tetapi terasa fakulti terpinggir. HAHA!

ape-ape pun layankan ajela 25/7/2011 isnin ni,da mula sekolah,jumpe pelajar-pelajar baru.

ohh!damn! tak sangka da setahun belajar kat sane,rindu segala kenangan2 tahun lepas.

seniorr? lalalalala.

SEM NI NAK JADI RAJIN! HAHA! <--- skema.

Thursday, July 7, 2011

Kenangan

kenapa ianya disebut sebagai kenangan? dalam bahasa jiwa ianya boleh menonjolkan emosi kita. Sering kali kita disuapkan dengan kenangan manis dan ada antaranya kenangan pahit. Kenangan datang dan pergi, ianya ibarat seperti angin lalu. kenapa aku cakap seperti angin lalu,contohnya,kawan datang dan pergi. itukan kenangan. seperti angin lalu saja, kenapa sering kali ianya muncul dalam benak fikiran kita? apakah keistimewaannya kenangan ni? apabila ianya kenangin pahit pasti ianya sukar untuk kita lupakan walaupun ianya memakan masa bertahun tahun. kadang-kadang ianya datang juga seperti angin lalu, apabila otak kita mula dibawah pengaruh sedar(berkhayal)@termenung jauh,secara perlahan lahan kenangan itu akan melintas di benak fikiran kita, kadang-kadang aku terfikir,kenapa ianya terjadi kembali. kalau pahit,berat bagiku untuk mengenangkannya, tetapi jikalau ianya manis,maka tersenyum-senyum tersipu-sipu la kita.

aku cuma pelik kenapa dalam beberapa minggu ni ada sesuatu kenangan lama yang asyik berlegar-legar dia ruang otak aku. bile termenung mulala kenangan itu mengusik jiwa. seperti ada sesuatu bermain di fikiranku. hahaha! oh! damn! forget it,past is past! :)

kotak besi /: dalam proses melupakan semua kenangan lama. tutup buku lama. bukak buku baru, dengan bahasa baru,visual baru, menambahkan kamus diri, memperbaiki diri, dan cuba menerima seseorang yang baru dan mengharapkan ianya tidak jemu lagi.maaflah aku bukan seorang yang cepat atau lambat(lembab),ianya bukan datang secara paksaan,tetapi ianya datang secara jujur.harap dia masih percayakan aku,kerana aku adalah orang yang sama dan tidak pernah berubah,cuma rambut je makin panjang! :D haha.(biar lambat asalkan selamat) masing2 ada kenangan sendiri dan perlu saling percaya antara satu sama lain.

Saturday, July 2, 2011

DATANG KEJELASAN

Kumpulan : Dalam Api

Diskografi : Datang Kejelasan

Aliran : Alternatif/Melodi kematian logam

Konsep : Batu Berapi Melintas di Permukaan Langit

Suntingan : dollinfreak ; translate by heart.

-------------------------------------------------------------------------------


bersusah-susah menuju 30

semakin hari semakin tua,

melukis gambar tentang masa lampau

Bolehkah anda mewarnainya dalam garisan ini?

( korus x2: )

saya mahu anda tunjukkan saya

bawa saya ke mana sahaja

taknak hidup

didalam mimpi.. satu hari lebih


saya pasti ianya dapat menukar pandangan saya

saya yakin,akan berubah harini

saya yakin ianya akan mengubah cara kita

Haruskah ianya jatuh pada tempatnya


saya mahu anda tunjukkan saya

bawa saya ke mana sahaja

hanya kerana taknak hidup

didalam impian satu hari lebih ( x2 )

Monday, June 27, 2011

KERJA




ENJOI! BUAT KERJA NI ;)

Thursday, June 23, 2011

RASA-rasakan

Dalam mengenal rasa,macam-macam aku nak katakan.Dalam iklan mee segera berbunyi seperti begini (SOAL RASA LIDAH TAK BISA BOHONG)ok macam ni,cuba kau rasa apa yang aku rasa!? haaa! aku rasa kau gila! itula apa yang diluahkan oleh sesetengah pihak. kalau kau rasa aku gila!? macam mana rasanya jadi gila? kau da merasai jadi gila? kahkahkah! bodoh! macam putar belit ayat. tetapi akuinya lah,itulah yang selalu terjadi pada kehidupan seharian dan yang kita rasa kita mengetahui segala-galanya. tetapi sebenarnya umpama merasa tetapi tidak rasa! haha! nah! Rasakan! indahkan sesuatu rasa itu walaupun ianya belum ditambah perasa.

Aku rasa....soal rasa lidah memang berbohong.kalau kau rasa aku cuba berbohong,kau yang berbohong,cuba kau tengok... aku rasa..itu la satu pembohongan! kenapa aku cakap satu pembohongan??! Aku rasa... HAHAHAHA! Nampak senang kan kan kan,tapi sebenarnya susah untuk kau rasakannya. kalau aku bagi makan gula-gula,apa kau rasa?manis bukan?! kalau aku rasa pahit! macam mana?! kan ada pepatah berkata,dalam kemanisan ada kepahitan. kalau kau nak rasa manis je,kau takkan merasa apa erti pahit. Rasa tidak selalunya seperti apa yang kita impikan, ianya akan menjadi rasa yang mungkin tidak akan dirasa lagi oleh kita kerana kita merasakan yang rasa itu sebenarnya berbohong. Bagaimana kau rasa kalau kau mendapat harapan palsu dari seseorang yang kau percaya?! Mungkin kau rasa kecewa dan merasakan yang hidup kau tak berguna lagi. Tetapi buat apa kau merasakan seperti itu,kau tak dapat rasakan yang ianya satu pembohongan?! Aku rasa… mungkin kau tak pernah rasainya sebelum ini, nah! Rasakan macam mana rasanya, manis bukan? Kalau kau rasa manis,manisla rasanya, tetapi kalau pahit kau rasa, maka pahitla rasanya. Aku rasa… kau boleh ubah rasa itu menjadi seperti yang diingini kerana perasanya adalah kau dan kau tidak perlu berbohong menganai rasa. Lain orang lain perasa. Lain kawan lain cara kau merasainya. Lain musuh lain kau rasakan. Lain sahabat lain rasa. Sebaris kata untuk dirasa dan merasa….

24/6/11 – jumaat – 0130am

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa kepada ABAH :)

Di matamu masih tersimpan selaksa peristiwa
Benturan dan hempasan terpahat di keningmu
Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras
namun kau tetap tabah hm...
Meski nafasmu kadang tersengal
memikul beban yang makin sarat
kau tetap bertahan

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm...
Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gemetar
kau tetap setia

Ayah, dalam hening sepi kurindu
untuk menuai padi milik kita
Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang banyak menanggung beban

Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm...
Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gemetar
kau tetap setia




untuk abah ku, Ahmad Sanusi B Mat Lion :)

Sunday, June 5, 2011

aku sedang berkhayal

khayalan atau berkhayal,adalah satu permaknaan yang berlainan tetapi kalau secara realitinya ianya hanyalah salah satu masalah fantasi yang kita semua hadapi.fantasi pula adalah satu istilah lain yang boleh dierti maknakan sebagai alam di bawah sedar, dalam inggerisnya "surelisme". Bukan surelisme masalahnya sekarang,tetapi ianya berkaitan dengan berkhayal. Nampak macam pening, tetapi ianya bukanlah benda yang memeningkan kita. Sebenarnya ia hanyalah sesuatu yang ringkas dan tiada kena mengena dengan yang lain. ( takde idea,nanti sambung. haha)

Tuesday, May 24, 2011

"MENCARI KEYAKINAN"


"MENCARI KEYAKINAN"
CAMPURAN
91.44cm x 121.92cm
2011

karya ini mengenai kepercayaan orang melayu terdahulu yang mempercayai bahawa tangkal dapat memberi perlindungan dan kekebalan kepada pemakainya,lebih kepada untuk menjauhkan dari gangguan makhluk halus dan ianya dianggap kebal,manakala pada figura kedua terdapat simbol "S" mewakili modenitasi, ianya lebih kepada kepercayaan kanak-kanak pada zaman sekarang,bahawa simbol "S" mewakili superman dari watak kartun barat yang menunjukkan kekuatan yang agung. Figura kanak-kanak digunakan sebagai subjek utama untuk menghidupkan karya ini.

Sunday, May 22, 2011

Wednesday, May 18, 2011

KENAPA DENGAN HARINI?

harini seperti segala2nya tak menjadi,painting makin buat makin jahanam. hati rasa tak sedap je. pastu dalam perjalanan pulang hampir nak mati,HAMPIR MATI!. aku taktau kenapa ada kereta kelisa tadi tiba-tiba meluru arah aku,aku mengelak tapi dia rapat lagi. arghhh gilela sume ni. nasib aku takde ape2. sampai sekarang aku masih tak paham. serius aku tak paham dengan harini. kenapa dengan harini??

Saturday, May 7, 2011

"MENCARI KESEMPURNAAN"

Aizat Amir
"Mencari Kesempurnaan"
Campuran
3ft x 4ft
2011

Friday, April 8, 2011

Hari ini.

hari ini dapat panggilan dari nandos perify your art. work aku tersenarai,hari khamis nnti kena pegi OU damansara.

hari ini jugak jari aku BOCOR! mencurah-curah darah di atas lantai tadi. siot betul la.

hari ini jugak yean tolong balutkan luka tu,terima kasih kawan.

hari ini jugak aku dapat idea baru untuk final kajian bahan.

Hari ini jugak encik boy belanja makan.

Monday, April 4, 2011

Health is...body,art and soul

ALUNAN MINDA

AIZAT AMIR BIN AHMAD SANUSI

3ftx3ft

2011


Keterangan karya :

ALUNAN MINDA

Minda yang cerdas datang dari fizikal yang cergas, dan apa yang kita lakukan dengan tubuh kita juga mempengaruhi dengan apa yang boleh kita lakukan dengan fikiran. Jiwa yang tenang dapat mempengaruhi diri kita dan mempengaruhi kecergasan tubuh badan kita dan ianya juga dapat mengawal darjah ketinggian seperti kewaspadaan mental dan kestabilan emosi.

Yoga adalah satu bentuk seni untuk mengawal minda dan menyatukan tubuh badan untuk mendapat penyerapan jiwa, ini kerana saya lebih fokuskan pada penggunaan postur yoga dan dan corak tersebut melambangkan alunan-alunan dari hati dan minda yang tenang untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna.



painting for nandos contest.

Monday, March 21, 2011

Thursday, March 17, 2011

Anatomy Study (skeleton)


percubaan pertama untuk melukis rangka. menggunakan teknik "smudging"

kelas anatomy.

4pm-7pm
16/3/11

Monday, February 14, 2011

Tiada sempurna dalam kesempurnaan...


kenapalah,aku kadang-kadang rasa aku nak lari je dari kehidupan kota ni,semakin hari semakin mengusutkan. hari-hari berhadapan dengan kesesakan yang sarat dengan tipu daya manusia. minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... tapi segalanya masih sama, aku masih disini mencari sisa-sia kehidupan dan bergelumang dalam perjuangan dan mengenal erti kesusahan dan pahit maung satu perjuangan. bagi aku hidup ini ada kaitan dengan 1 pembentukkan dan seterusnya beralih ke elemen seni bermula dari 1 titik seterusnya terhasilnya garisan, rupa, bentuk, warna, dan permukaan. Segala elemen tersebut berkait rapat dengan prinsip seni dan menghasilkan harmoni dan kepelbagaian, ianya membawa unsur-unsur ke dalam nisbah yang tepat sambil membentuk keseimbangan, kadar banding, dominan, gerakan, dan ekonomi. Kesemuanya menghasilkan ruang dan kesatuan visual dan bentuk. Aku perlukan segalanya kekuatan dan kesungguhan untuk bersaing dalam dunia pemikiran yang puitis dan kritis ini, segalanya masih jauh lagi untuk aku mengecapinya, aku berharap ianya takkan menjadi 1 titik hitam padaku untuk terus mengenal erti kesusahan, kerana pepatah melayu ada berkata, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" dan kiranya kita tidak bermimpi dari sekarang ianya takkan menjadi kenyataan, tapi hanya mimpi tanpa usaha ianya takkan berhasil dan bukan semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan kerana ianya semua adalah ketentuannya.

Insyaallah..............................

Saturday, February 12, 2011

Come Clarity

rushing through 30, getting older every day
By two, drawing pictures of innocent times
Can you add... colour... inside these lines?!

I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day

I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day

Sure, if we change our perspective
I'm certain, I would change today
I'm certain, it will change our ways
Would things fall into place?

I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day

I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day

I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day

I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day

lyric by In Flames

Wednesday, February 9, 2011

"Kau lilin aku bakar,haa cepatlah,takkan kaku bisu?

Lilin, ibarat diri yang membara, hidup seperti dalam kongkongan dan kawalan. Lilin itu kita, bakar itu adalah pergelutan diri, kenapa kita kaku saja dibakar? ini disebabkan kita keliru dan tidak boleh membuat keputusan sampai akhirnya ia memakan diri sendiri. Ianya ibarat lilin, lama kelamaan ia akan mencair dan setiap titik cairan itu adalah keringat kita yang mencari dari mana datangnya sumber cahaya itu? Adakah kita tau asal usul kita? dari mana? adakah kita pasti?

mata terbuka tapi tak nampak? ianyanya umpama kita nampak tetapi masih tidak merasainya,takkan kita nak tunggu masa dan harinya tiba baru nak terbuka mata?

tiada sempurna dalam kesempurnaan dan jangan kita berasa sempurna bila ada kesempurnaan.

Wednesday, February 2, 2011

Bunga Raya (Keharmonian)


Aizat Amir
"keharmonian"
water color
420mm x 594mm (A2)
2011

keterangan karya :

Karya ini adalah gabungan dari warna-warna yang terdapat pada bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang sepatu dari spesies Hibiscus rosa-sinensis ,antara warna yang terdapat pada bunga raya ialah warna merah, merah jambu, putih, kuning, dan jingga. Dengan gabungan warna-warna yang terdapat pada bunga raya,saya hasilkan karya ini untuk menunjukkan perlambangan seperti penyatuan semua kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia dan tidak kira kulit mahupun warna. Keharmonian dapat diamati sekiranya kita bersatu sebagai satu Malaysia. Bunga raya merah telah dipilih dan diistiharkan sebagai bunga kebangsaan pada tahun 1960. Bunga raya dipilih kerana mempunyai 5 kelopak dan ianya dapat mewakili 5 prinsip rukun Negara dan ianya juga dapat menjadi symbol untuk mewakili 5 kaum terbesar di Malaysia, selain itu warna merahnya juga digunakan pada salah satu jalur gemilang.