Monday, February 14, 2011

Tiada sempurna dalam kesempurnaan...


kenapalah,aku kadang-kadang rasa aku nak lari je dari kehidupan kota ni,semakin hari semakin mengusutkan. hari-hari berhadapan dengan kesesakan yang sarat dengan tipu daya manusia. minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... tapi segalanya masih sama, aku masih disini mencari sisa-sia kehidupan dan bergelumang dalam perjuangan dan mengenal erti kesusahan dan pahit maung satu perjuangan. bagi aku hidup ini ada kaitan dengan 1 pembentukkan dan seterusnya beralih ke elemen seni bermula dari 1 titik seterusnya terhasilnya garisan, rupa, bentuk, warna, dan permukaan. Segala elemen tersebut berkait rapat dengan prinsip seni dan menghasilkan harmoni dan kepelbagaian, ianya membawa unsur-unsur ke dalam nisbah yang tepat sambil membentuk keseimbangan, kadar banding, dominan, gerakan, dan ekonomi. Kesemuanya menghasilkan ruang dan kesatuan visual dan bentuk. Aku perlukan segalanya kekuatan dan kesungguhan untuk bersaing dalam dunia pemikiran yang puitis dan kritis ini, segalanya masih jauh lagi untuk aku mengecapinya, aku berharap ianya takkan menjadi 1 titik hitam padaku untuk terus mengenal erti kesusahan, kerana pepatah melayu ada berkata, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" dan kiranya kita tidak bermimpi dari sekarang ianya takkan menjadi kenyataan, tapi hanya mimpi tanpa usaha ianya takkan berhasil dan bukan semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan kerana ianya semua adalah ketentuannya.

Insyaallah..............................

2 comments: