Wednesday, February 2, 2011

Bunga Raya (Keharmonian)


Aizat Amir
"keharmonian"
water color
420mm x 594mm (A2)
2011

keterangan karya :

Karya ini adalah gabungan dari warna-warna yang terdapat pada bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang sepatu dari spesies Hibiscus rosa-sinensis ,antara warna yang terdapat pada bunga raya ialah warna merah, merah jambu, putih, kuning, dan jingga. Dengan gabungan warna-warna yang terdapat pada bunga raya,saya hasilkan karya ini untuk menunjukkan perlambangan seperti penyatuan semua kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia dan tidak kira kulit mahupun warna. Keharmonian dapat diamati sekiranya kita bersatu sebagai satu Malaysia. Bunga raya merah telah dipilih dan diistiharkan sebagai bunga kebangsaan pada tahun 1960. Bunga raya dipilih kerana mempunyai 5 kelopak dan ianya dapat mewakili 5 prinsip rukun Negara dan ianya juga dapat menjadi symbol untuk mewakili 5 kaum terbesar di Malaysia, selain itu warna merahnya juga digunakan pada salah satu jalur gemilang.

2 comments: