
Tuesday, November 8, 2011
kucing comel

Saturday, November 5, 2011
Thursday, October 27, 2011
26/10/2011
Sunday, October 23, 2011
Sunday, October 9, 2011
Wednesday, August 31, 2011
Monday, August 29, 2011
Thursday, August 25, 2011
Travel to Kuala Kangsar
ok chow dulu.
selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan yang mendatang
:)
Saturday, July 23, 2011
Ayuh Kembali Ke Sekolah! AYUH!

24/7/2011 bermulanya pendaftaran sekolah bagi tahun 2,semester 3.
kembali dengan rasa tertanya-tanya,gembira,mungkin kecewa dan tidak kepuasan hati.
SERONOK BELAJAR DEKAT FAKULTI BARU!
Tempat belajar yang seronok,tetapi terasa fakulti terpinggir. HAHA!
ape-ape pun layankan ajela 25/7/2011 isnin ni,da mula sekolah,jumpe pelajar-pelajar baru.
ohh!damn! tak sangka da setahun belajar kat sane,rindu segala kenangan2 tahun lepas.
seniorr? lalalalala.
SEM NI NAK JADI RAJIN! HAHA! <--- skema.
Thursday, July 7, 2011
Kenangan
aku cuma pelik kenapa dalam beberapa minggu ni ada sesuatu kenangan lama yang asyik berlegar-legar dia ruang otak aku. bile termenung mulala kenangan itu mengusik jiwa. seperti ada sesuatu bermain di fikiranku. hahaha! oh! damn! forget it,past is past! :)
kotak besi /: dalam proses melupakan semua kenangan lama. tutup buku lama. bukak buku baru, dengan bahasa baru,visual baru, menambahkan kamus diri, memperbaiki diri, dan cuba menerima seseorang yang baru dan mengharapkan ianya tidak jemu lagi.maaflah aku bukan seorang yang cepat atau lambat(lembab),ianya bukan datang secara paksaan,tetapi ianya datang secara jujur.harap dia masih percayakan aku,kerana aku adalah orang yang sama dan tidak pernah berubah,cuma rambut je makin panjang! :D haha.(biar lambat asalkan selamat) masing2 ada kenangan sendiri dan perlu saling percaya antara satu sama lain.
Saturday, July 2, 2011
DATANG KEJELASAN
Diskografi : Datang Kejelasan
Aliran : Alternatif/Melodi kematian logam
Konsep : Batu Berapi Melintas di Permukaan Langit
Suntingan : dollinfreak ; translate by heart.
-------------------------------------------------------------------------------
bersusah-susah menuju 30
semakin hari semakin tua,
melukis gambar tentang masa lampau
Bolehkah anda mewarnainya dalam garisan ini?
( korus x2: )
saya mahu anda tunjukkan saya
bawa saya ke mana sahaja
taknak hidup
didalam mimpi.. satu hari lebih
saya pasti ianya dapat menukar pandangan saya
saya yakin,akan berubah harini
saya yakin ianya akan mengubah cara kita
Haruskah ianya jatuh pada tempatnya
saya mahu anda tunjukkan saya
bawa saya ke mana sahaja
hanya kerana taknak hidup
didalam impian satu hari lebih ( x2 )
Monday, June 27, 2011
Thursday, June 23, 2011
RASA-rasakan
Aku rasa....soal rasa lidah memang berbohong.kalau kau rasa aku cuba berbohong,kau yang berbohong,cuba kau tengok... aku rasa..itu la satu pembohongan! kenapa aku cakap satu pembohongan??! Aku rasa... HAHAHAHA! Nampak senang kan kan kan,tapi sebenarnya susah untuk kau rasakannya. kalau aku bagi makan gula-gula,apa kau rasa?manis bukan?! kalau aku rasa pahit! macam mana?! kan ada pepatah berkata,dalam kemanisan ada kepahitan. kalau kau nak rasa manis je,kau takkan merasa apa erti pahit. Rasa tidak selalunya seperti apa yang kita impikan, ianya akan menjadi rasa yang mungkin tidak akan dirasa lagi oleh kita kerana kita merasakan yang rasa itu sebenarnya berbohong. Bagaimana kau rasa kalau kau mendapat harapan palsu dari seseorang yang kau percaya?! Mungkin kau rasa kecewa dan merasakan yang hidup kau tak berguna lagi. Tetapi buat apa kau merasakan seperti itu,kau tak dapat rasakan yang ianya satu pembohongan?! Aku rasa… mungkin kau tak pernah rasainya sebelum ini, nah! Rasakan macam mana rasanya, manis bukan? Kalau kau rasa manis,manisla rasanya, tetapi kalau pahit kau rasa, maka pahitla rasanya. Aku rasa… kau boleh ubah rasa itu menjadi seperti yang diingini kerana perasanya adalah kau dan kau tidak perlu berbohong menganai rasa. Lain orang lain perasa. Lain kawan lain cara kau merasainya. Lain musuh lain kau rasakan. Lain sahabat lain rasa. Sebaris kata untuk dirasa dan merasa….
24/6/11 – jumaat – 0130am
Sunday, June 19, 2011
Selamat Hari Bapa kepada ABAH :)
Benturan dan hempasan terpahat di keningmu
Kau nampak tua dan lelah, keringat mengucur deras
namun kau tetap tabah hm...
Meski nafasmu kadang tersengal
memikul beban yang makin sarat
kau tetap bertahan
Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm...
Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gemetar
kau tetap setia
Ayah, dalam hening sepi kurindu
untuk menuai padi milik kita
Tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan
Anakmu sekarang banyak menanggung beban
Engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini
Keriput tulang pipimu gambaran perjuangan
Bahumu yang dulu kekar, legam terbakar matahari
kini kurus dan terbungkuk hm...
Namun semangat tak pernah pudar
meski langkahmu kadang gemetar
kau tetap setia
untuk abah ku, Ahmad Sanusi B Mat Lion :)
Sunday, June 5, 2011
aku sedang berkhayal
Tuesday, May 24, 2011
"MENCARI KEYAKINAN"

"MENCARI KEYAKINAN"
CAMPURAN
91.44cm x 121.92cm
2011
karya ini mengenai kepercayaan orang melayu terdahulu yang mempercayai bahawa tangkal dapat memberi perlindungan dan kekebalan kepada pemakainya,lebih kepada untuk menjauhkan dari gangguan makhluk halus dan ianya dianggap kebal,manakala pada figura kedua terdapat simbol "S" mewakili modenitasi, ianya lebih kepada kepercayaan kanak-kanak pada zaman sekarang,bahawa simbol "S" mewakili superman dari watak kartun barat yang menunjukkan kekuatan yang agung. Figura kanak-kanak digunakan sebagai subjek utama untuk menghidupkan karya ini.
Sunday, May 22, 2011
Wednesday, May 18, 2011
KENAPA DENGAN HARINI?
Saturday, May 7, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Friday, April 8, 2011
Hari ini.
hari ini jugak jari aku BOCOR! mencurah-curah darah di atas lantai tadi. siot betul la.
hari ini jugak yean tolong balutkan luka tu,terima kasih kawan.
hari ini jugak aku dapat idea baru untuk final kajian bahan.
Hari ini jugak encik boy belanja makan.
Monday, April 4, 2011
Health is...body,art and soul

AIZAT AMIR BIN AHMAD SANUSI
3ftx3ft
2011
Keterangan karya :
ALUNAN MINDA
Minda yang cerdas datang dari fizikal yang cergas, dan apa yang kita lakukan dengan tubuh kita juga mempengaruhi dengan apa yang boleh kita lakukan dengan fikiran. Jiwa yang tenang dapat mempengaruhi diri kita dan mempengaruhi kecergasan tubuh badan kita dan ianya juga dapat mengawal darjah ketinggian seperti kewaspadaan mental dan kestabilan emosi.
Yoga adalah satu bentuk seni untuk mengawal minda dan menyatukan tubuh badan untuk mendapat penyerapan jiwa, ini kerana saya lebih fokuskan pada penggunaan postur yoga dan dan corak tersebut melambangkan alunan-alunan dari hati dan minda yang tenang untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna.
painting for nandos contest.
Monday, March 21, 2011
Thursday, March 17, 2011
Monday, February 14, 2011
Tiada sempurna dalam kesempurnaan...

kenapalah,aku kadang-kadang rasa aku nak lari je dari kehidupan kota ni,semakin hari semakin mengusutkan. hari-hari berhadapan dengan kesesakan yang sarat dengan tipu daya manusia. minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... tapi segalanya masih sama, aku masih disini mencari sisa-sia kehidupan dan bergelumang dalam perjuangan dan mengenal erti kesusahan dan pahit maung satu perjuangan. bagi aku hidup ini ada kaitan dengan 1 pembentukkan dan seterusnya beralih ke elemen seni bermula dari 1 titik seterusnya terhasilnya garisan, rupa, bentuk, warna, dan permukaan. Segala elemen tersebut berkait rapat dengan prinsip seni dan menghasilkan harmoni dan kepelbagaian, ianya membawa unsur-unsur ke dalam nisbah yang tepat sambil membentuk keseimbangan, kadar banding, dominan, gerakan, dan ekonomi. Kesemuanya menghasilkan ruang dan kesatuan visual dan bentuk. Aku perlukan segalanya kekuatan dan kesungguhan untuk bersaing dalam dunia pemikiran yang puitis dan kritis ini, segalanya masih jauh lagi untuk aku mengecapinya, aku berharap ianya takkan menjadi 1 titik hitam padaku untuk terus mengenal erti kesusahan, kerana pepatah melayu ada berkata, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" dan kiranya kita tidak bermimpi dari sekarang ianya takkan menjadi kenyataan, tapi hanya mimpi tanpa usaha ianya takkan berhasil dan bukan semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan kerana ianya semua adalah ketentuannya.
Insyaallah..............................
Saturday, February 12, 2011
Come Clarity
By two, drawing pictures of innocent times
Can you add... colour... inside these lines?!
I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day
I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day
Sure, if we change our perspective
I'm certain, I would change today
I'm certain, it will change our ways
Would things fall into place?
I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day
I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day
I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day
I want you to lead me
Take me somewhere
Don’t want to live in a dream one more day
lyric by In Flames
Friday, February 11, 2011
Wednesday, February 9, 2011
"Kau lilin aku bakar,haa cepatlah,takkan kaku bisu?
mata terbuka tapi tak nampak? ianyanya umpama kita nampak tetapi masih tidak merasainya,takkan kita nak tunggu masa dan harinya tiba baru nak terbuka mata?
tiada sempurna dalam kesempurnaan dan jangan kita berasa sempurna bila ada kesempurnaan.
Wednesday, February 2, 2011
Bunga Raya (Keharmonian)

Aizat Amir
"keharmonian"
water color
420mm x 594mm (A2)
2011
keterangan karya :
Karya ini adalah gabungan dari warna-warna yang terdapat pada bunga raya juga dikenali sebagai bunga sepatu atau kembang sepatu dari spesies Hibiscus rosa-sinensis ,antara warna yang terdapat pada bunga raya ialah warna merah, merah jambu, putih, kuning, dan jingga. Dengan gabungan warna-warna yang terdapat pada bunga raya,saya hasilkan karya ini untuk menunjukkan perlambangan seperti penyatuan semua kaum dan bangsa yang terdapat di Malaysia dan tidak kira kulit mahupun warna. Keharmonian dapat diamati sekiranya kita bersatu sebagai satu Malaysia. Bunga raya merah telah dipilih dan diistiharkan sebagai bunga kebangsaan pada tahun 1960. Bunga raya dipilih kerana mempunyai 5 kelopak dan ianya dapat mewakili 5 prinsip rukun Negara dan ianya juga dapat menjadi symbol untuk mewakili 5 kaum terbesar di Malaysia, selain itu warna merahnya juga digunakan pada salah satu jalur gemilang.