Wednesday, April 20, 2011
Friday, April 8, 2011
Hari ini.
hari ini dapat panggilan dari nandos perify your art. work aku tersenarai,hari khamis nnti kena pegi OU damansara.
hari ini jugak jari aku BOCOR! mencurah-curah darah di atas lantai tadi. siot betul la.
hari ini jugak yean tolong balutkan luka tu,terima kasih kawan.
hari ini jugak aku dapat idea baru untuk final kajian bahan.
Hari ini jugak encik boy belanja makan.
hari ini jugak jari aku BOCOR! mencurah-curah darah di atas lantai tadi. siot betul la.
hari ini jugak yean tolong balutkan luka tu,terima kasih kawan.
hari ini jugak aku dapat idea baru untuk final kajian bahan.
Hari ini jugak encik boy belanja makan.
Monday, April 4, 2011
Health is...body,art and soul
ALUNAN MINDAAIZAT AMIR BIN AHMAD SANUSI
3ftx3ft
2011
Keterangan karya :
ALUNAN MINDA
Minda yang cerdas datang dari fizikal yang cergas, dan apa yang kita lakukan dengan tubuh kita juga mempengaruhi dengan apa yang boleh kita lakukan dengan fikiran. Jiwa yang tenang dapat mempengaruhi diri kita dan mempengaruhi kecergasan tubuh badan kita dan ianya juga dapat mengawal darjah ketinggian seperti kewaspadaan mental dan kestabilan emosi.
Yoga adalah satu bentuk seni untuk mengawal minda dan menyatukan tubuh badan untuk mendapat penyerapan jiwa, ini kerana saya lebih fokuskan pada penggunaan postur yoga dan dan corak tersebut melambangkan alunan-alunan dari hati dan minda yang tenang untuk menghasilkan pergerakan yang sempurna.
painting for nandos contest.
Monday, March 21, 2011
Thursday, March 17, 2011
Monday, February 14, 2011
Tiada sempurna dalam kesempurnaan...

kenapalah,aku kadang-kadang rasa aku nak lari je dari kehidupan kota ni,semakin hari semakin mengusutkan. hari-hari berhadapan dengan kesesakan yang sarat dengan tipu daya manusia. minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun... tapi segalanya masih sama, aku masih disini mencari sisa-sia kehidupan dan bergelumang dalam perjuangan dan mengenal erti kesusahan dan pahit maung satu perjuangan. bagi aku hidup ini ada kaitan dengan 1 pembentukkan dan seterusnya beralih ke elemen seni bermula dari 1 titik seterusnya terhasilnya garisan, rupa, bentuk, warna, dan permukaan. Segala elemen tersebut berkait rapat dengan prinsip seni dan menghasilkan harmoni dan kepelbagaian, ianya membawa unsur-unsur ke dalam nisbah yang tepat sambil membentuk keseimbangan, kadar banding, dominan, gerakan, dan ekonomi. Kesemuanya menghasilkan ruang dan kesatuan visual dan bentuk. Aku perlukan segalanya kekuatan dan kesungguhan untuk bersaing dalam dunia pemikiran yang puitis dan kritis ini, segalanya masih jauh lagi untuk aku mengecapinya, aku berharap ianya takkan menjadi 1 titik hitam padaku untuk terus mengenal erti kesusahan, kerana pepatah melayu ada berkata, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" dan kiranya kita tidak bermimpi dari sekarang ianya takkan menjadi kenyataan, tapi hanya mimpi tanpa usaha ianya takkan berhasil dan bukan semua yang diimpikan akan menjadi kenyataan kerana ianya semua adalah ketentuannya.
Insyaallah..............................
Subscribe to:
Posts (Atom)






