Sunday, October 24, 2010

Hikayat Maharajawana (watak dan perwatakan)

Wayang kulit

Pengenalan watak dan perwatakan

Maksud watak : Watak adalah yang menggerakkan plot sesebuah cerita berdasarkan kepada berbezaan dari segi fizikal,psikologi,dan kedudukan seseorang di dalam sosio-budaya sesebuah masyarakat.

Maksud perwatakan : Karektor seseorang yang mewakili sisi fizikal dan mental yang membawa kepada kekurangan dan kelebihan dalam sesuatu watak nya.

Sinopsis Hikayat Maharaja Wana.

· ASAL USUL RERI RAMA, SITI DEWI DAN MAHARAJA WANA.

-Seri Rama dan Siti Dewi sebenarnya adalah penjelmaan semula Dewa Berembun dan isterinya, Siti Andang Dewi dari Kayangan ke dunia. Begitu juga dengan Maharaja Wana yang merupakan penjelmaan semula Dewa Serajuk. Mereka dilahirkan semula ke dunia setelah berlaku kekacauan di kayangan, di mana Maharaja Wana (Dewa Serajuk) telah berjaya merampas Siti Andang Dewi daripada Dewa Berembun. Oleh kerana ingin membalas dendam terhadap Maharaja Wana, Siti Andang Dewi telah turun ke dunia. Kecewa dengan apa yang berlaku, Dewa Berembun telah menurunkan takhtanya kepada Sang Yang Kenung, lalu turun ke dunia.

· KELAHIRAN SEMULA SERI RAMA, SITI DEWI DAN MAHARAJA WANA.

-pemerintah Seusia Mandarapura, Sirat Maharaja dan isterinya, Cahaya Bulan mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Seri Rama dan Laksmana. Sirat maharaja juga ada isteri kedua, Mandudari yang mempunyai dua orang anak iaitu Samardan dan Chardan.

-Di Dati Kuaca, isteri kepada Bantara Baha telah melahirkan tiga orang anak. Iaitu Maharaja Wana, Mah Babu Kenung dan Mah Baba Sanam. Maharaja Wana telah dilantik menjadi pemerintah Utara, Barat, Selatan, Langit dan Dunia Bawah. Maharaja Wana menpunyai ramai isteridari sekelian makhluk. Namun Maharaja Wana masih mencari calon yang sesuai untuk di jadikan Permaisurinya. Dia telah mengidamkan madudari sebagai isteri lalu mendesak Sirat Maharaja. Dengan pertolongan isteri pertama Sirat Maharaja, Cahaya Bulan mencipta seorang wanita yang menyerupai Mandudari dan di beri nama Mandudaki. Mandudaki kemudiannya di kahwinkan kepada Maharaja Wana tanpa pengetahuannya tentang muslihat yang telah berlaku.

-Siti Andang Dewi telah masuk ke dalam badan Mandudaki dan mengandung. Mah Babu Senan meramalkan akan berlaku kekacauan di Langkapuri setelah bayi itu di lahirkan, lalu bayi itu digugurkan dan di hanyutkan di dalam sebuah baling. Baling tersebut telah hanyut sampai ke Wat Tujuh Kedi Bermas, dimana bayi itu di jumpai oleh Maharisi Mata Api, di beri nama Siti Dewi dan di besarkan sehingga menjadi seorang wanita yang cantik.

· PERTANDINGAN MEMANAH POKOK LONTAR.

-Maharisi bercadanag mengahwinkan Siti Dewi. Lalu mengadakan sebuah pertandinggan dimana pemenangnya akan di kahwinkan dengan Siti Dewi. Dengan bantuan Dewa-Dewa ,Maharisi telah mencipta seekor ular yang amat besar, yang mempunyai empat puluh lengkungan pada badannya, setiap lengkungannya ditanam pokok lontar, diciptakan juga sebuah ibu panah dan menanam sepohon sejati jawa di hadapan istananya. Sesiapa yang dapat melontarkan anak panah melalui pohon-pohon lontar tersebut dengan satu lontaran, maka dialah yang akan mengahwini Siti Dewi.

-Oleh kerana tiada pemenang dalam pertandingan tersebut maka Maharisi Mata Api telah ke Seusia Mendarapura untuk menjeput Seri Rama untuk menyertai pertandingan.Seri Rama terpaksa menempuh beberapa halangan untuk tiba ke Wat Tujuh Kedi Bermas. Di tempat pertandingan Seri Rama kelihatan kecil dan lemah berbanding peserta lain. Namun begitu Seri Rama telah berjaya memanah anak panah melalui semua pohon lontar tersebut dengan satu lontaran, dan juga Berjaya mencabut pohon sejati Jawa yang ditanam di depan istana Maharisi.Seri Rama Berjaya mengahwini Siti Dewi.

-Marah dengan kejayaan Seri Rama itu, Maharaja Wana telah merancang untuk menculik Siti Dewi.

· PENCULIKAN SITI DEWI oleh MAHARAJA WANA

-

· Cerita Maharaja Wana (versi Pak Awang Lah) mempunyai lebih dari 90 watak, namun begitu tidak kesemuanya dihasilkan dalam bentuk patung wayang kulit. Biasanya hanya lebih kurang 65 patung wayang kulit saja yang dihasilkan berdasarkan watak-watak dalam cerita maharaja Wana.

Ø Pengenalan senarai watak :

- Pohon Beringin

- Seri Rama

- Siti Dewi

- Laksamana

- Maharajawana

- Maharisi

- Hanuman Kera Putih

- Pak Dogol

- Samad

- Said

- Wak long

- Wak Yah

- Dewa


- Raja Sagariwa

- Dewa Panah Perang Lelaki

- Dewa Panah Perang Perempuan

- Anila

- Lalobek

- Lalobak

- Raja Bali

- Hanuman Kera Gangga (Gangga Masur)

- Orang Kampung

- Raksasa kala Jengkin

- Raksasa Badak Api

- Burung Jentayu

- Mah Babu Shanan

- Anggada

- Anrojit

- Raja Sabonarong

- Raja Tilan

- Hanuman Bongsu

- Hanuman Ikan

- Sagawera

POHON BERINGIN

Salah satu patung wayang yang fungsinya dalam wayang kulit sangat menarik ialah pohon beringin.Figura wayang ini merupakan patung wayang yg terbesar yang ada dalam sesebuah set wayang kulit,dan berukuran kira-kira 23sm luasnya dan 60sm tingginya.

-PERANAN POHON BERINGIN DI DALAM WAYANG KULIT KELANTAN

Dalam wayang kulit Kelantan ,pokok beringin mempunyai beberapa fungsi.Contohnya ialah pokok beringin memainkan peranan penting dalam upacara buka panggung.Hal ini berlaku pada malam pertama sebelum dalang memulakan cerita pokoknya.Selepas upacara buka panggung itu,pokok beringin dicacakkan ke dalam batang pisang di belakang kelir.Pokok beringin diletakkan di tengah-tengah kelir lalu berfungsi sebagai suatu sekatan diantara watak-watak yang baik dan yang jahat,dan mereka terletak di sebelah kanan dan kiri pokok beringin masing-masing.

Watak Utama :

Seri Rama

Seri Rama dalam Wayang Kulit Siam sebagai seorang hero dalam Cerita Pokok dan Cerita Ranting menampilkan ciri perwatakan berbeza.Ini dapat dilihat dari keberaniannya dan kejayaannya untuk mendapatkan Siti Dewi dan melalui pelbagai dugaan dan cabaran.

Watak

- Dikategorikan sebagai watak halus,baik dan sopan.

- Seorang Raja di Seusia Mendarapura.

- Merupakan suami kepada Siti dewi.

- Dalam Cerita Pokok, Seri Rama disifatkan sebagai seorang yang berbudi bahasa, tampan,gagah berani,menguasai permainan senjata seperti memanah dan sebagainya.

Perwatakan

- Mempunyai bentuk yang cantik dengan kombinasi motif,warna,dan bentuk.

Siti Dewi

Watak

- Dikategorikan dalam watak halus.

- Merupakan isteri kepada Seri Rama.

- Turut digambarkan sebagai seorang puteri yang lemah lembut dan seorang isteri yang taat setia.

Perwatakan

- Gambaran kecantikan baik dari segi rupa dan perwatakan seorang puteri.

- Gambaran wanita atau puteri melayu yang sering digambarkan dalam sejarah dan Hikayat Melayu.

Laksamana

Watak

- Dikategorikan sebagai Watak Halus dan Baik.

- Merupakan adik kepada Seri Rama.

- Seorang yang gagah berani,bertanggungjawab,setia kepada kekandanya Seri Rama.

- Seorang yang tidak mudah terpedaya.

Perwatakan

- Berpakaian merah seakan menyerupai Seri Rama.

- Membawa pedang serta berdiri di atas badan naga.

- Kelihatan bijak.

- Seorang yang baik.

Maharaja Wana

Watak

- Seorang yang kasar.

- Merupakan musuh ketat Seri Rama.

- Seorang yang bengis.

- Dalam Hikayat Maharaja Wana dia merupakan pemerintah Langkapuri.

Perwatakan

- Mempunyai lengan yang besar,jari pendek,kuku panjang dan tajam,berleher pendek serta bibir besar berseringkai.

- Turut digambarkan sebagai raksasa yang mempunyai 12 kepala dan kepala-kepala tersebut terletak di atas mahkotanya.

- Mata yang besar dan merah menyala dari segi simboliknya membawa maksud kecenderungan melakukan kejahatan dan keganasan.

Maharisi

Watak

- Tergolong dalam Watak Halus.

- Iaitu seorang yang tua dan berpengalaman.

- Bapa angkat kepada Siti Dewi.

- Seorang yang bijaksana.

- Tinggal di Wat Tujuh Kedi Bermas.

Perwatakan

- Watak Maharisi ini sering diperkenalkan di awal persembahan dan diperkenalkan kepada penonton beserta iringan muzik.

- Lagu Maharisi itu sendiri berentak perlahan melambangkan Maharisi ini seorang yang tua.

- Dari segi rupanya Maharisi berwajah dan berbadan merah.

- Maharisi juga membawa tongkat dan melambangkan seorang tokoh yang bijaksana.

Hanuman Kera Putih

Watak

- Dikategorikan dalam Watak Halus dan Baik.

- Anak kepada Seri Rama dan Siti Dewi.

- Hanuman Kera Putih juga seorang yang sangat setia, bijaksana dan amat berani .

- Hanuman Kera Putih amat setia kepada Seri Rama dan sanggup membuat apa sahaja (dapat dilihat dalam cubaan menyelamatkan Siti Dewi).

- Berupa seekor kera dan berwarna putih.

- Kera Balih merupakan nama asal kepada Hanuman Kera Putih.

Perwatakan

- Kelihatan seperti seorang yang sangat gagah.

- Berwajah dan berbadan putih.

Puteri Ikan

Watak

- Isteri kepada Hanuman Kera Putih.

- Pernah berkhidmat dengan Maharaja Wana.

Pak Dogol

Watak

- Dikategorikan sebagai Watak Pelawak.

- Merupakan pengasuh raja yang amat setia dan bijaksana.

- Merupakan penasihat utama Seri Rama.

- Pak Dogol merupakan jelmaan Dewa Sang Yang tunggal yang merupakan Dewa ditingkat teratas.

- Turun ke bumi dengan menukarkan dirinya menjadi seorang yang hodoh dengan itu namanya turut ditukar kepada Pak dogol.

- Lebih menonjol dalam Cerita Ranting yang bertajuk ‘Kerak Nasi’.

- Pak Dogol turut mempunyai teman-teman yang dihasilkan daripada dakinya, iaitu Wak Long,Wak Yah, Samad,Said.

Perwatakan

- Dari segi fizikalnya,watak ini digambarkan mempunyai rupa fizikal yang lucu,contohnya :berbadan hitam,perut buncit, mulutnya muncung,hidung besar dan pusat terkeluar,dan punggung tonggek seperti itik.

- Menurut Ghulam Sarwar Yousuf,Pak Dogol telah diberikan pelbagai maksud sebagai karakter islam yang mistik.

Watak-watak Pengasuh

- Watak-watak diatas merupakan pengasuh kepada Seri Rama. Kesemua watak pengasuh juga berkarektor lucu,membuat komedi dan kehadiran watak-watak tersebut selalu dinantikan oleh para penonton.

- Terhasil dari daki Pak Dogol.

SAMAD SAID

WAK YAH WAK LONG

Watak Dewa dan Raja

-Ciri-ciri utama dalam watak ini adalah merupakan Dewa atau Raja yang memerintah kawasan kayangan dan kawasan yang tertentu dan mempunyai kuasa sakti yang luar biasa.

-Watak-watak yang sesuai digolongkan adalah seperti Dewa Sang Yang Kenung,Dewa Sinar Matahari, Raja Berma,Raja Dewa Mayang Betara,Dewa Empat dan lain-lain lagi.

Dewa Raja Tilan

Raja Sagariwa

Watak Dewa

Di dalam persembahan wayang kulit Kelantan, Dewa Panah Perang selalunya diperkenalkan oleh Tok Dalang di bahagian permulaan persembahan setelah memperkenalkan watak Maharisi.

Dewa Panah perang juga diperkenalkan kepada penonton dengan iringan lagu tersendiri iaitu lagu Dewa Panah Turun dan Dewa Panah Perang di mana kedua-dua dewa ini berperang dan kemudian berdamai di akhir lagu tersebut.

Dewa panah perang lelaki Dewa Panah perang Perempuan

Watak Hulubalang/Boto dan Putera yang Kasar

-Kategori ini melibatkan perwatakan putera yang kasar,kapten bota dan pegawa-pegawai.Rupa fizikal watak ini adalah separuh manusia dan separuh haiwan,gabungan rupa dua haiwan yang berlainan,hampir menyerupai gergasi,berperwatakan kasar dan berani, merupakan putera raja dan mempunyai jawatan sebagai pegawai dan kapten dalam satu-satu pemerintahan.Watak-watak yang sesuai digolongkan dalam kategori ini adalah seperti Raja Bali,Raja Sagariwa,Gangga Mansur Seri Bernama(putera naga)Palela Anggada,, Anila, Hanuman Bongsu ,Setega Wana , Sepedang Wana , Lela-Bet , Lela-Bat dan lain-lain lagi.

Anila Lalobak

Raja Bali Lalobek

Hanuman Kera Gangga

Watak

- Tergolong dalam watak pahlawan/panglima yang kasar.

- Anak kepada Hanuman Kera Putih.

- Wataknya bergantung kepada setiap cerita.

Perwatakan

- Berbadan merah,mata terjengkil dan lidahnya terkeluar.

- Rupa parasnya yang kasar dan menakutkan menunjukkan Hanuman Kera Gangga seorang yang garang dan kasar.

WATAK DEWEK

Watak

- Watak ini boleh berubah mengikut cerita dan wataknya tidak tetap.

- Fungsi wataknya bergantung kepada Dalang. Sebagai contoh watak ini ada digunakan sebagai anak Pak Dogol(walaupun Pak Dogol sebenarnya tidak mempunyai anak).

Watak Jin,Gergasi dan Raksasa

Ciri-ciri watak dalam kategori ini adalah dilihat pada visual gergasi, jin dan raksasa yang menakutkan.Watak yang tergolong dalam kategori ini adalah Raksasa Kala Jengkin,Raksasa Badak Api dan lain-lain.

Katuraksasa

Watak Binatang

Ciri utama watak ini adalah ianya menyerupai haiwan biasa seperti ikan, gajah, monyet, burung dan lain-lain. Perwatakan sedemikian wujud kerana cerita Hikayat Maharaja Wana melibatkan kawasan seperti atas darat, laut dan langit.

Gajah Kijang

Burung jentayu Kuda

Lain-lain watak yang selalu digunakan dalam wayang kulit Kelantan adalah seperti berikut;

Mah Babu Shanan

Watak

- tergolong dalam kategori watak ahli nujum.

Babu Shanan ialah adik kepada Maharajawana dan anak kepada Dati Kuaca dan Bentara Baha. Lebih menonjol di dalam cerita Tambak ke Langkapuri. Dalam cerita ini, Mah Babu Shanan telah di halau oleh Maharjawana kerana telah menafsir mimpi Maharajawana. Mah Babu Shanan telah diselamatkan oleh Hanuman Kera Putih dan telah berpihak kepada Seri Rama. Beliau telah dilantik menjadi pemerintah Langkapuri setelah berjaya membantu mengalahkan Maharajawana dalam perang besar di Langkapuri.

Anggada

- Hulu Balang kepada Seri Rama.

- berwajah merah, berekor, bertubuh hijau serta memakai kecupung.

- Watak ini tergolong dalam watak pahlawan, sama seperti Hanuman Kera Putih.

Anila

- Hulubalang kepada Seri Rama.

- berwajah merah, berbadan ungu dan berekor.

- Tergolong dalam watak pahlawan.

Raja Sabonarong

- Hulubalang kepada Seri Rama.

- watak ini tergolong dalam watak pahlawan.

Raja Tilan

- Hulubalang Seri Rama.

- berbadan biru, berekor, membawa pedang

- Juga tergolong dalam watak pahlawan

Hanuman Layang Putih

- Anak kepada Hanuman Kera Putih dan Puteri ikan.

- Seorang pahlawan yang gagah dan berani.

Hanuman Bongsu

- Anak kepada Hanuman Kera Putih dan Puteri Ikan.

- berbadan hijau, membawa pedang, berekor.

- Watak ini tergolong dalam watak Pahlawan.

Hanuman Ikan

- Anak kepada Hanuman Kera Putih dan Puteri Ikan.

- berbadan merah, berekor dan membawa pedang.

- Tergolong dalam watak Pahlawan.

Anrojit

- Anak Raja iaitu anak kepada Maharaja Wana.

- Berubah mengikut cerita.(turut mempunyai Hulubalangnya yang tersendiri)

- berbaju hijau, berwajah kuning dan membawa pedang.

- Tergolong dalam watak pahlawan.

Sepit Betara Naga

- Tinggal di pusat Tasik Pauh Janji.(di dalam laut)

- Wataknya seperti dewa- tidak ada peranan dalam cerita.

- Ayah kepada Puteri Ikan.

Perang Hutan

- Boleh bertindak sebagai bomoh. Kerana berkemampuan untuk merawat pesakit.

- Berkebolehan untuk mencari makanan di hutan. Seperti menangkap kijang, lembu dan sebagainya.

Mak Inang

- Seorang pengasuh kepada Siti Dewi.

- Menjaga makan minum raja dan permaisuri.

Sirat Maharaja

- Ayah Seri Rama

- Tidak banyak memainkan peranan dalam sesebuah cerita.

- Hanya watak Seri Rama yang banyak bergerak dalam perjalanan sesebuah cerita itu.

5 comments:

  1. bagus...at least ada info dlm blog ko wlp copy paste.....hehehehhe tp panjang sgt....n ada beberapa ayat yg terpotong ler tak mampu nak baca..

    ReplyDelete
  2. hahaha ni adelah dari ktrgnye asgmnt lah roy.
    so aku paste lah blk. hehehehe

    ReplyDelete
  3. siapa mengajar wayang di aswara sekarang? awak pelajar teater ke seni visual? diploma ke degree? maaf banyak bertanya. Biar tahu jelas. Lain kali boleh sembang wayang kulit. Dr.Zulkifli-bin Mohamad

    ReplyDelete
  4. Sebetul nya nama isteri raja seri rama tu sita dewi

    ReplyDelete
  5. Jika dapat di tuliskan ayat2 yang di baca oleh maharishi semasa belum berperangnya dewa panah dan maksudnya dalam melayu semasa acara buka panggung. Juga, apakah yang di bisikan oleh maharishi ke telinga kedua2 dewa panah sehingga mereka berperang.

    ReplyDelete