Friday, July 16, 2010

Melangkah Pergi.

Khamis,15/7/2010 hari penganugerahan sijil,berkat 2 tahun belajar di IKB,menuntut ilmu dan mencari ilmu dalam seni lukis dan seni reka.

Ahad,tanggal 18/7/2010 adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup aku kerana berjaya melanjutkan pelajaran di aswara,akhirnya penantian selama ini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma seni halus,tempoh pengajian selama 3tahun. Akhirnya termakbul jua.besok adalah harinya untuk mendaftar di aswara pada pukul 9.00am,dalam diri ni terasa macam macam perasaan,ade gembira,sebak,sayu dan masih lagi tidak percaya.Orentasi akan belangsung selama seminggu lokasinya tidak lagi diketahui,aku mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

Disini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abah(Ahmad Sanusi),Emak(Salbiah),Kak(Nor Hayati),En.Azwan,Raja Shahriman Raja Aziddin,Keluarga di Kuala Kangsar,Kawan2 angkatan 13 ikb,junior2 SSR,Faidhi,Zaty,Myra dan semuanya yang memberikan sokongan.

Special thanks to : Noor Afiqah Aman Shah,terima kasih untuk segalanya dan memberi sokongan dan terus mnyokong pada saya.harap anda akan terus tabah,jangan cepat putus asa dalam kehidupan.kita kena berani menempuh cabaran,walau apa pun keputusannya kita akan tau,kerana kita sudah berjaya menghadapi ketakutan dalam hidup kita.semoga berjaya.
terima kasih! :)


Doakan aku berjaya dalam pelajaran dan berjaya menempuh pembelajaran di aswara!

No comments:

Post a Comment